Bestari Solat



KERTAS KERJA


KEM BESTARI SOLAT
FASA 1
TAHUN  1

SK BANDAR MAS
KOTA TINGGI, JOHOR



TARIKH        : 07 MEI 2011

HARI              : SABTU

MASA            : 8.00 PAGI – 11.00 PAGI















SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS,
PETI SURAT 24,
81907 KOTA TINGGI, JOHOR.

 

                                                               
 




Ibu bapa/Penjaga,
Murid Tahun  1
SK. Bandar Mas,
81907 Kota Tinggi,
Johor.                                                                                                      Tarikh : 20 April 2011


Tuan / Puan,

MAKLUMAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa j-QAF SK Bandar Mas akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa Pertama.

3.         Program tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh   : 07 Mei 2011
                        Hari      : Sabtu
                        Masa    : 8.00 pagi- 11.00 pagi
                        Tempat : SK. Bandar Mas, Kota Tinggi.


4.         Kehadiran bagi program tersebut adalah wajib.

5.         Segala kerjasama dan keperihatinan tuan / puan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



………………………………
( TN HAJI ALI BIN MD SANI )
Guru Besar,
SK. Bandar Mas,
Kota Tinggi, Johor.



KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
SK BANDAR MAS
KOTA TINGGI JOHOR

1. Takrif

Model Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

2. Objektif

2.1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
2.2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu.
2.3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul  
       dan lancar.

3. Sasaran

Semua murid Tahun 1 ( 79 orang )

4. Jawatankuasa Pelaksana Program

Penaung          : En. Ali b. Md Sani
Penasihat         : Tn. Hj Kadimin b.Sugimin
Pengerusi         : Ustazah Salwah bt Rosmin
Setiausaha       : Ustazah Siti Murniza bt Juzuli
Bendahari        : Ustazah Syarifah Hanim bt. Sd Yusoh
                         
Fasilitator        : 1. Ustaz Saidin b. Mokhtar
                          2. Ustaz Rizalman b. Johar
                          3. Ustazah Salwah bt Rosmin
                          4. Ustazah Haslinah bt Rahmat
                          5. Ustazah Syarifah Hanim bt Sy. Yusoh
                          6. Ustazah Nurhani Ilyana bt Samijan
                          7. Ustazah Siti Murniza bt Juzuli
                       


5. Jangka Masa Program

  1. Mei 2011

6. Sumber Kewangan

6.1. Jabatan Pelajaran Johor (JPN)
6.2. PIBG
6.3. Ibu Bapa

7. Cadangan Perbelanjaan Kem Bestari


BIL
PERKARA
JUMLAH
1.
Sarapan peserta                       RM3.00  x  79 orang

RM 237.00


Jumlah Keseluruhan
RM237.00

8. Penilaian

8.1. Bilangan murid yang menunaikan solat waktu di rumah dan sekolah.
8.2. Bilangan murid yang menunaikan solat zohor dan asar di waktu sekolah.




Disediakan oleh,                                                                  Disahkan oleh,

………………………………                                             ……………………….......
( PN SITI MURNIZA BT JUZULI )                                  ( TN HJ ALI BIN MD SANI )
Setiausaha,                                                                              Guru Besar,
Kem Bestari Solat,                                                                  SK. Bandar Mas,
SK. Bandar Mas,                                                                    Kota Tinggi, Johor
Kota Tinggi, Johor


                                                                                                                      


JADUAL PROGRAM KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1





HARI /

MASA
8.00 –

8.15
8.15 –

9.00
9.00 –

9.45
9.45 –

10.15
10.15 –

11.00


SABTU











Pendaftaran
Taklimat & Agihan Kumpulan

LDK 1
Taklimat Wuduk

# Bacaan Niat Wuduk dan Anggota2 Wuduk

LDK 2
Aktiviti Bertulis


Rehat
LDK 3
Latihan Amali
Berwuduk
















                        Panduan:

1.      Bacaan niat wuduk
2.      Carta anggota-anggota wuduk
3.      Aktiviti bertulis
·         Padankan potongan kalimah2 niat wuduk
·         Mengecam dan mewarnakan anggota2 wuduk

     



SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS,
PETI SURAT 24,
81907 KOTA TINGGI, JOHOR.

 

                                                               
 

_______________________________________________________________________


…………………. ……….,

Sek Keb Bandar Mas,
81907 Kota Tinggi, Johor.                                                                      Tarikh: 20 April 2011


Tuan / Puan / Cik,

JEMPUTAN SEBAGAI FASILITATOR KEM BESTARI TAHUN 1  FASA PERTAMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa j-QAF SK. Bandar Mas akan mengadakan Kem Bestari Solat fasa Pertama.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Tuan/Puan/Cik untuk menjadi Fasilitator seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh   : 07 Mei 2011
                        Hari      : Sabtu
                        Masa    : 8.00 pagi- 11.00 pagi
                        Tempat : SK. Bandar Mas, Kota Tinggi.


4.         Kerjasama dan sokongan tuan/puan/cik amat kami hargai. Semoga program ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Segala sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

SEKIAN.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,


.............................................
( PN SITI MURNIZA BT JUZULI )
Setiausaha,
Kem Bestari Solat,
Sek Keb Bandar Mas,
Kota Tinggi, Johor.

s.k        Tn. Hj. Ali b. Md Sani
            Guru Besar, SK. Bandar Mas.



                                                                                               







Bestari Solat bagi murid tahun 1 fasa pertama